Monday, July 6, 2009

Mengajar "membaca" sebelum kanak-kanak boleh bertutur

Tahukah anda bahawa kanak-kanak boleh diajar "membaca" sebelum mereka boleh bertutur? Seawal bilakah itu, bagaimana, apakah bahan-bahan yang sesuai digunakan dan siapakah yang boleh mengajar mereka?

Sunday, June 7, 2009

Lama Dah Tak Menulis

Setiap hari fikir nak menulis sesuatu dalam blog ini. Sajalah sebagai hobi. Kata orang, kalau seseorang tu tak menggunakan otak kiri dan otak kanan setiap hari, nanti pengetahuan dan pengalaman tak bertambah; malahan yang agak banyak juga pengetahuan dan pengalaman yang lalu boleh terhakis hari demi hari. Yang tak menulis tubanyak sebabnya; terlalu sibuk dengan membaca dan berjalan - tapi membaca lebih banyak lagi. Seronok sungguh melayari internet. Macam-macam nak dibaca. Suratkhabar dalam negara dan luar negara mesti baca - tapi kadang-kadang tu sampai tak terbaca sebab banyak sangat. Blog Che Det merupakan bahan bacaan wajib sebab memang(berbilion2) boleh menambah pengetahuan(walaupun ada beberapa tajuk yang saya pernah ajar pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 semasa saya mengajar Sejarah dulu) dan boleh mencontohi cara pemikiran beliau. Tapi itu dulu - 1978-1982 (kurun lalu). Kalau sekaranglah saya disuruh mengajar Sejarah, sudah pasti saya boleh menjadi guru sejarah yang lebih baik,terutamanya Sejarah Malaysia.

Friday, August 8, 2008

Nasi Lemak Tok Cantik

Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Lemak

3 cawan beras
1 inci halia
3 cawan air
2 inci kulit kayu manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil jintan manis
2 ulas bawang merah
1 helai daun pandan
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:-

1.Panaskan minyak masak dalam periuk nasi elektrik,dan masukkan bawang merah dan
bawang putih yang dihiris nipis-nipis dan gorengkannya hingga kuning.
2.Masukkan air dan beras yang sudah dibersihkan ke dalam periuk itu.Kemudian masukkan
halia,kulit kayu manis,jintan manis,garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi itu dan
di kacau.
3.Tutup periuk itu hingga nasi lemak itu masak.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Sambal Tumis Ikan Bilis:-

30 biji cili kering
1 sudu besar sos cili
3 ulas bawang mearh
1 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa pekat
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:-
1.Goreng ikan bilis sehingga garing.Separuh masak pun boleh juga,jika suka.Kaut ikan bilis itu
dan masukkannya ke dalam satu bekas.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis-nipis di dalam kuali ( boleh guna
minyak yang sama ketika mengoreng ikan bilis tadi) sehingga kuning.
3.Masukkan cili kering yang dikisar dan yang dicampur dengan sos cili,air asam jawa dan garam
ke dalam kuali itu sehingga pecah minyak.
4.Masukkan isi ikan bilis yang digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.Kemudian
boleh la diangkat.

*Hiasilah nasi lemak ini dengan telur rebus,timun dan kacang goreng mengikut kreativiti
sendiri.

Nasi lemak ini diberi nama Nasi Lemak Tok Cantik sempena gelaran ibu saya iaitu Tok Cantik,
nama yang dipanggil oleh cucu-cucunya.








Saturday, July 19, 2008

Petua Menghilangkan Gatal-Gatal Di Tekak

Tahukah anda bahawa untuk menghilangkan gatal-gatal di tekak kita adalah dengan berkumur dengan air asam jawa pekat [boleh juga dicampurkan dengan sedikit garam]. Lakukan ini setiap kali kita berasa gatal-gatal di tekak kita, yang biasanya berlaku sebelum kita mendapat batuk atau semasa mendapat penyakit itu. Bila berkumur,pastikan air asam jawa itu 'mendidih' atau 'melegak' di bahagian tekak kita sahaja selama yang kita mampu. Petua ini diperturunkan oleh arwah datuk kesayangan saya iaitu Puan Hajah Fatimah Binti Ahmad, ibu kepada ibu kesasangan saya.

Monday, July 14, 2008

Saya Suka Kalau...

.kata ganti 'saya' dan 'awak/kamu/anda/kata panggilan lain yang sesuai digunakan [mengikut situasi dan dengan siapa kita berbual] drpd menggunakan 'i' atau 'u' dalam drama atau drama bersiri Melayu, pengacara tv tak terlalu kerap meggunakan 'ok' dan bila ditemuramah di tv,orang yang ditemuramah tak berbahasa dirinya dengan namanya sendiri -sebaliknya menggunakan saya. Tk.

Friday, July 11, 2008

Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada timbalannya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010. Apakah pendapat anda?