Friday, August 8, 2008

Nasi Lemak Tok Cantik

Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Lemak

3 cawan beras
1 inci halia
3 cawan air
2 inci kulit kayu manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil jintan manis
2 ulas bawang merah
1 helai daun pandan
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:-

1.Panaskan minyak masak dalam periuk nasi elektrik,dan masukkan bawang merah dan
bawang putih yang dihiris nipis-nipis dan gorengkannya hingga kuning.
2.Masukkan air dan beras yang sudah dibersihkan ke dalam periuk itu.Kemudian masukkan
halia,kulit kayu manis,jintan manis,garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi itu dan
di kacau.
3.Tutup periuk itu hingga nasi lemak itu masak.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Sambal Tumis Ikan Bilis:-

30 biji cili kering
1 sudu besar sos cili
3 ulas bawang mearh
1 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa pekat
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:-
1.Goreng ikan bilis sehingga garing.Separuh masak pun boleh juga,jika suka.Kaut ikan bilis itu
dan masukkannya ke dalam satu bekas.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis-nipis di dalam kuali ( boleh guna
minyak yang sama ketika mengoreng ikan bilis tadi) sehingga kuning.
3.Masukkan cili kering yang dikisar dan yang dicampur dengan sos cili,air asam jawa dan garam
ke dalam kuali itu sehingga pecah minyak.
4.Masukkan isi ikan bilis yang digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.Kemudian
boleh la diangkat.

*Hiasilah nasi lemak ini dengan telur rebus,timun dan kacang goreng mengikut kreativiti
sendiri.

Nasi lemak ini diberi nama Nasi Lemak Tok Cantik sempena gelaran ibu saya iaitu Tok Cantik,
nama yang dipanggil oleh cucu-cucunya.








Saturday, July 19, 2008

Petua Menghilangkan Gatal-Gatal Di Tekak

Tahukah anda bahawa untuk menghilangkan gatal-gatal di tekak kita adalah dengan berkumur dengan air asam jawa pekat [boleh juga dicampurkan dengan sedikit garam]. Lakukan ini setiap kali kita berasa gatal-gatal di tekak kita, yang biasanya berlaku sebelum kita mendapat batuk atau semasa mendapat penyakit itu. Bila berkumur,pastikan air asam jawa itu 'mendidih' atau 'melegak' di bahagian tekak kita sahaja selama yang kita mampu. Petua ini diperturunkan oleh arwah datuk kesayangan saya iaitu Puan Hajah Fatimah Binti Ahmad, ibu kepada ibu kesasangan saya.

Monday, July 14, 2008

Saya Suka Kalau...

.kata ganti 'saya' dan 'awak/kamu/anda/kata panggilan lain yang sesuai digunakan [mengikut situasi dan dengan siapa kita berbual] drpd menggunakan 'i' atau 'u' dalam drama atau drama bersiri Melayu, pengacara tv tak terlalu kerap meggunakan 'ok' dan bila ditemuramah di tv,orang yang ditemuramah tak berbahasa dirinya dengan namanya sendiri -sebaliknya menggunakan saya. Tk.

Friday, July 11, 2008

Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada timbalannya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010. Apakah pendapat anda?